Wednesday 13 April 2022

MINUM SUSU KAMBING DI BULAN RAMADHAN DAPAT TURUNKAN BERAT BADAN


Salam Ramadhan semua

Terima kasih sudi singgah ke blog miela. Tahukah Anda Minum susu kambing boleh turunkan berat badan?

Susu kambing bertindak sebagai sebuah agen metabolik yang baik. Ianya mampu meningkatkan 'metabolic utilization of mineral' seperti zat besi, magnesium, kalsium dan fosforus (4). 

Ia juga mempunyai A2 beta-casein, iaitu lebih baik dari A1 beta-casein yang ada dalam susu lembu. A2 beta-casein adalah jenis beta-casein yang lebih selamat. Ini adalah kerana A1 beta-casein, dikatakan boleh menyebabkan Type 1 diabetes (5)

A2 beta-casein yang ada dalam susu kambing, yang lebih mirip pada susu ibu, baik untuk kesihatan manusia. Menurut kajian, ianya juga kurang menyebabkan allergi pada kanak-kanak setelah habis tempoh penyusuan ibu (6).

Susu kambing juga baik untuk pengurangan berat badan disebabkan ianya kaya dengan protein dan kalsium. 2 nutrisi penting ini dikaitkan dengan pengurangan berat badan.

reference: https://neuroversiti.com/khasiat-susu-kambing/ 

No comments:

Post a Comment